Wednesday, December 17, 2008

Tahukah Anda : KEBAIKAN DAN KEBURUKAN BLOG

Ada pembaca bertanya apa kebaikan dan keburukan blog. Blog berbeza dari website atau mana-mana laman web statik, kerana maklumat di dalam blog sentiasa di kemaskini. Ada beribu blog berbahasa Inggeris di luar sana dikemaskini 3-7 kali dalam sehari.

Perkongsikan maklumat berguna adalah kebaikan blog yang paling ketara. Pengguna boleh membaca apa saja maklumat, kemudian boleh berinteraksi dengan orang di sebalik blog yang memberikan maklumat tersebut melalui teks, imej,rakaman suara atau klip video. Kebaikan blog selain untuk memberi maklumat adalah:

*Sebagai tempat perbincangan di ruang komen atau chat box dari pelbagai lokasi di seluruh dunia.
*Melatih kemahiran menulis, walau dalam pelbagai bahasa.
*Melatih kemahiran seni reka digital, terutama design blog, kod CSS atau ‘blog skin’.
*Temmpat menyampaikan idea, gagasan atau tugasan, jika Anda seorang pensyarah, atau guru.

Namun, blog mempunyai keburukan tersendiri. Baik atau buruk sesebuah blog sebenarnya bergantung pada orang yang mengendalikan blog tu, cemana orangnya, cemana attitudenya, perangainya dan kawalan emosinya.

Jika baik, maka baiklah blog tu, jadi bermanfaat. Jika buruk orangnya, maka akan menjadi buruklah blog tersebut di mata masyarakat. Kisah Raja Petra menjadi teladan. Keburukan blog yang utama adalah:

*Menyampaikan maklumat palsu, fakta salah, juga yang berunsur fitnah.
*Blog Di gunakan untuk memburukkan seseorang, misalnya tokoh politik dan selebriti.
*Menyebarkan SPAM, iaitu maklumat tidak berguna semata-mata mendapat untung besar dari iklan di blog.
*Sesiapa saja boleh menyamar ketika menjadi pengendali blog, walaupun tanpa memaparkan nama dan wajah sebenar.
*Menyebarkan maklumat lucah, imej porno, fail-fail digital yang bersangkut-paut dengannya.

Tuesday, December 16, 2008

kyle


welcome to my blog




assalamualaikum w.b.t
selamat datang ke blog kyle.
ini adalah percubaan pertama kyle dlm pembuatan blog.
sila komen ye.hehehe